1.1 Sejarah Penubuhan
Lembaga Juruukur Bahan Malaysia (LBJM) atau
Board of Quantity Surveyor Malaysia merupakan badan berkanun yang
ditubuhkan melalui Akta Parlimen yang dengan nama Registration of
Quantity Surveyor Act 1967 (yang juga dikenali sebagai Quantity Surveyor
Act 1967). Tanggungjawab lembaga ini ialah :
a. Pendaftaran Juruukur Bahan dan firma serta badan korporat yang mengamalkan praktis perkhidmatan ukur bahan.
b. Menggubal undang-undang profesion Juruukur Bahan di Malaysia.
Matlamat
yang ingin dicapai oleh lembaga ini ialah untuk melindungi kepentingan
awam terhadap amalan tidak beretika dan salah laku Juruukur Bahan dalam
memberi perkhidmatan Juruukur Bahan.
LJBM dikenali sebagai
Lembaga Juruukur di mana ianya di bawah Akta Pendaftaran Juruukur 1967
sebelum tahun 1982. Tanggungjawab lembaga ini ialah menggubal
undang-undang terhadap profesion Juruukur Bahan dan Penilai (Valuers).
Pada
tahun 1989, perubahan telah dibuat kepada Akta Juruukur Bahan menjadi
Peraturan Juruukur Bahan (1995) yang bertujuan untuk menambahkan kuasa
penyediaan peraturan mengenai profesion Juruukur Bahan.
Hanya
Juruukur Bahan yang mempunyai kelayakan bersesuaian diterima berdaftar
dengan Lembaga untuk memberikan perkhidmatan Juruukur Bahan untuk
mengelakkan salah laku dan amalan praktis bagi melindungi kepentingan
awam. Ia juga akan mengambil tindakan terhadap aduan yang diterima
mengenai Juruukur Bahan berdaftar yang melanggar kod profesional sebagai
Juruukur Bahan sebagaimana yang telah dinyatakan di dalam Peraturan
Juruukur Bahan,merujuk kepada Seksyen 26 Akta Juruukur Bahan 1967.
Dengan
adanya Lembaga ini,pandangan awam mengenai perkhidmatan yang disediakan
oleh Juruukur Bahan di Malaysia memuaskan dan melindungi kepentingan
awam serta profesion Juruukur Bahan sendiri.
1.2 AKTA JURUUKUR BAHAN 1967
I.
Pada 26 September 1967, Akta Pendaftaran Juruukur 1967 telah diluluskan
oleh Parlimen. Akta ini merangkumi Profesion Ukur Bahan dan Penilaian.
Tujuan Akta pada masa itu adalah agar mereka yang bertauliah sahaja
yang berhak membuat dan memberi perkhidmatan Ukur Bahan dan Penilaian
kepada pelanggan.
Dengan itu semua Juruukur Bahan dan Penilai
yang sedang menjalani amalan Perunding dan mereka yang berkelulusan yang
telah ditetapkan hendaklah berdaftar dengan Lembaga Juruukur.
Pindaan-pindaan telah dibuat ke atas Akta ini pada tahun 1973, 1974 dan
1975.
II. Pada tahun 1981, Akta ini telah dipinda lagi agar kedua-dua
profesion Ukur Bahan dan Penilaian mempunyai Akta sendiri. Dengan itu
lahirlah Akta Pendaftaran Juruukur Bahan 1967. Pindaan telah dibuat ke
atas Akta ini pada tahun 1984 dan 1986.Pada tahun 1989, Akta Pendaftaran
Juruukur Bahan 1967 telah ditukar menjadi Akta Juruukur Bahan 1967
(Pindaan).
Tujuan Akta adalah untuk memperuntukkan penubuhan
Lembaga Juruukur Bahan; untuk mendaftar Juruukur Bahan dan firma serta
Pertubuhan Perbadanan yang beramal sebagai Juruukur Bahan Perunding; dan
seterusnya untuk menyelaraskan serta menetapkan peraturan amalan Ukur
Bahan dan yang berkaitan dengannya.
III. Akta ini terbahagi kepada beberapa Bahagian iaitu:
a. Bahagian I - Permulaan
b. Bahagian II - Lembaga Juruukur Bahan
c. Bahagian III - Pendaftaran Juruukur Bahan dan firma serta
Pertubuhan Perbadanan
d. Bahagian IV - Pembatalan,mengeluar dan kemasukan semula
e. Bahagian V - Peruntukan-peruntukan Am
1.3 FUNGSI LEMBAGA JURUUKUR BAHAN MALAYSIA
Terdapat banyak fungsi Lembaga Juruukur Bahan Malaysia. Antaranya ialah:
a.
Sebagai badan bertanggungjawab untuk pendaftaran Juruukur Bahan dan
firma yang ingin mengamalkan praktis dan perundingan ukur bahan.
b. Meluluskan atau menolak permohonan untuk pendaftaran di bawah Akta mengikut prosedur dan kelayakan yang telah ditetapkan.
c.
Membuat pembatalan, pindaan atau pemasukan semula mengenai pendaftaran
Juruukur Bahan sekiranya seseorang Juruukur Bahan melakukan perkara yang
tidak diingini atau mengaibkan Lembaga.
d. Menentukan skala bayaran
terhadap perkhidmatan atau nasihat profesional dari Juruukur Bahan
berdaftar dari masa ke masa dengan kelulusan Menteri.
e. Mendengar
dan menentukan perselisihan yang berkaitan dengan amalan atau etika
profesional Juruukur Bahan;atau melantik satu jawatankuasa atau
Arbitrator untuk mendengar dan menentukan pertikaian tersebut.
f. Menentukan dan menyelaraskan amalan atau etika profesional Juruukur Bahan.
g.
Secara umumnya,untuk melaksanakan segala tindakan dan perkara yang
diperlukan untuk pelaksanaan Akta Pendaftaran Juruukur Bahan 1967.
1.3 PERMOHONAN SEBAGAI JURUUKUR BAHAN BERDAFTAR DENGAN LBJM
Seseorang
juruukur bahan berdaftar sementara yang ingin memohon untuk pendaftaran
sebagai juruukur bahan mestilah memiliki kelulusan dari institusi yang
diiktiraf oleh LJUBM dan mestilah mempunyai pengalaman praktik:
a.
Bekerja sebagai juruukur bahan dalam tempoh dua tahun di mana-mana
jabatan, pihak berkuasa,institusi atau badan yang diluluskan oleh
lembaga sama ada sektor awam atau swasta yang memuaskan hati majikan.
b.
Sekiranya mereka tidak bekerja seperti di atas, tetapi menjalankan
tugas-tugas ukur bahan di firma, pertubuhan perbadanan atau organisasi
yang mempunyai sekurang-kurangnya seorang rakan kongsi atau pekerja
juruukur bahan berdaftar.
Tempoh dua tahun adalah dikira bermula dari tarikh pendaftaran sebagai juruukur bahan berdaftar sementara.
Untuk
membolehkan berdaftar sebagai juruukur bahan berdaftar,seseorang perlu
mengambil Ujian Kecekapan Profesional (Test of Professional Competence)
yang dikendalikan bersama Lembaga LJUBM dan Pertubuhan Juruukur Malaysia
yang mengandungi perkara-perkara seperti berikut:
a. Pengalaman
praktis yang dijalankan dalam tempoh minimum dua tahun seperti yang
telah dinyatakan atau mempunyai pengalaman profesional dalam bidang
berkaitan di bawah penyeliaan seseorang juruukur bahan berdaftar atau
seorang anggota atau Felo Pertubuhan Juruukur (Malaysia) yang merupakan
seorang juruukur bahan.
b. Pengemukaan tugas-tugas praktik seperti yang diarahkan oleh panel bersama Ujian Kecekapan Profesional.
c. Satu ujian bertulis berhubungan dengan pengalaman profesional yang telah diperolehi dan tata kelakuan profesional.
d.
Satu temuduga profesional yang dijalankan sekurang-kurangnya oleh dua
orang pemeriksa yang dilantik oleh panel bersama Ujian Kecekapan
Profesional dari masa ke masa.
e. Sebarang bentuk ujian atau
penilaian lain kecekapan profesional sebagaimana yang boleh diputuskan
oleh panel bersama Ujian Kecekapan Profesional dari masa ke masa.
Mereka
juga dikehendaki mengemukakan bersama permohonannya bukti bertulis
bahawa yang dia telah mematuhi semua syarat-syarat yang telah
ditetapkan.
1.4 PENDAFTARAN JURUUKUR BAHAN DAN FIRMA DI LEMBAGA JURUUKUR BAHAN MALAYSIA (LJBM)
PENDAFTARAN JURUUKUR BAHAN
Terdapat dua kategori pendaftaran juruukur bahan di LJBM iaitu:
a. Pendaftaran juruukur bahan berdaftar
b. Pendaftaran juruukur bahan sementara (provisional)
Prosedur-prosedur yang perlu diikuti apabila seseorang Juruukur Bahan ingin berdaftar dengan LJBM ialah:
i. Borang Pendaftaran
Terdapat dua jenis borang yang perlu diisi bergantung kepada kategori pendaftaran iaitu:
Juruukur Bahan Berdaftar
Warganegara
atau pemastautin tetap Malaysia yang ingin dan berminat untuk berdaftar
sebagai Juruukur Bahan berdaftar mestilah membuat pemohonan pendaftaran
menggunakan borang yang ditetepkan iaitu Borang B dalam Jadual Pertama.
Pendaftaran sementara
Bagi mereka yang ingin memohon untuk pendaftaran sementara menggunakan Borang A dalam Jadual Pertama.
ii. Penyerahan borang permohanan
Dalam tempoh 45 hari setelah menerima permohanan pendaftaran,pendaftar mestilah:
a) Menyerahkan borang tersebut kepada Lembaga.
b) Membuat satu salinan setiap borang dan diberikan kepaada ahli-ahli dalam Lembaga.
Pihak
Lembaga akan membuat keputusan mengenai permohonan tersebut dalam masa
90 hari dari tarikh penyerahan borang oleh pendaftar.Penyerahan salinan
kepada setiap anggota lembaga boleh dilakukan sama ada:
a. Memberikan kepada anggota itu sendiri.
b. Meninggalkannya di permis perniagaan atau pejabat dalam jagaan rakan kongsi atau pekerja anggota itu.
c. Majikan anggota.
d. Menghantar melalui pos biasa sama ada ke alamat rumah,perniagaan atau pejabat.
iii. Pemberitahuan keputusan pendaftaran
Setiap
pemohon akan diberi notis mengenai keputusan permohonan sebagai
Juruukur Bahan berdaftar dalam tempoh 45 hari dari tarikh keputusan
dibuat oleh Lembaga.Tarikh keputusan juga dinyatakan di dalam notis
tersebut untuk makluman para pemohon.
iv. Bayaran keputusan pendaftaran
Setelah
permohanan telah diluluskan oleh Lembaga,setiap pemohon sama ada yang
berdaftar sebagai Juruukur Bahan berdaftar atau pendaftaran sementara,
mestilah membuat pembayaran yuran pendaftaran dalam masa 3 bulan dari
tarikh notis pemberitahuan dikeluarkan kepada setiap pemohon. Jumlah
bayaran yang perlu dibayar adalah berbeza mengikut kategori pendaftaran:
Juruukur bahan berdaftar
Jumlah yuran yang dikenakan ialah sebanyak RM200.00.
Juruukur bahan berdaftar sementara
Jumlah yuran ialah sebanyak RM50.00.
Sekiranya
mereka gagal untuk berbuat demikian dalam tempoh yang telah ditetepkan,
Lembaga menganggap bahawa pemohon telah menarik balik permohonan
pendaftaran yang dibuat oleh mereka. Maka,sekiranya mereka ingin
membuat permohonanan semula, permohonan mereka tidak akan
dipertimbangkan dalam tempoh setahun dari tarikh permohonannya yang
terdahulu diluluskan.
Namun begitu, sekiranya Lembaga berpuashati
dengan sebab dan alas an yang munasabah kegagalan untuk membayar yuran
pendaftaran, Lembaga akan menimbang permohonan yang diterima sebelum
habis tempoh setahun itu.
v. Sijil pendaftaran
Sijil pendaftaran akan diberikan mengikut kategori pendaftaran iaitu:
Juruukur bahan berdaftar
Menggunakan borang D seperti yang terdapat dalam Jadual Pertama.
Juruukur bahan berdaftar sementara
Menggunakan borang C dalam Jadual Pertama.
vi. Permohonan untuk memperbaharui sijil pendaftaran
Permohonan
untuk memperbaharui sijil pendaftaran boleh dibuat menggunakan surat
biasa. Bayaran pembaharuan bagi pendaftaran juruukur bahan berdaftar
dikenakan sebanyak RM150.00 manakala juruukur bahan berdaftar sementara
sebanyak RM50.00.
vii. Yuran kemasukan semula (reinstatement)
Bergantung kepada kategori pendaftaran iaitu:
Juruukur bahan berdaftar
Jumlah
amaun bayaran pembaharuan yang kena bayar dibayar jika pendaftar
dibaharui bayaran pendaftaran yang dikenakan ialah sebanyak RM150.00.
Pembayaran pentadbiran sebanyak RM30.00.
Juruukur bahan berdaftar sementara
Yuran pendaftaran adalah sebanyak RM50.00 manakala bayaran pentadbiran adalah sebanyak RM30.00.
viii. Sijil pemasukan semula
Selepas
pemasukan semula, pendaftar akan mengeluarkan sijil pemasukan semula
kepada juruukur bahan berdaftar menggunakan borang G (dalam Jadual
Pertama), manakala untuk juruukur bahan berdaftar sementara menggunakan
borang H (Jadual Pertama).
1.5 KEAHLIAN LEMBAGA JURUUKUR BAHAN MALAYSIA
Lembaga
Juruukur Bahan Malaysia terdiri dari ahli-ahli yang dilantik oleh
Menteri Kerja Raya. Mereka adalah Juruukur Bahan yang Berdaftar seperti
berikut:
a. Seorang Presiden dari kalangan Juruukur Bahan Berdaftar
(Pada masa ini, LJBM diketuai oleh Datuk Abdull Manaf bin Haji Hashim.
Sebelumnya oleh Tuan Haji Mohammad bin Gading (sesi ke-9) dan tamat
perkhidmatannya pada 5 Februari 2001. Presiden LJUBM yang pertama ialah
Datuk Prof. Hj. Abdul Rahman Abdullah).
b. Lima Juruukur Bahan Perkhidmatan Awam.
c. Dua Juruukur Bahan dari Badan Berkanun.
d. Seorang Juruukur Bahan dari Institusi Pengajian Tinggi.
e.
Lima orang Juruukur Bahan dari Sektor Swasta yang dicalonkan oleh
Pertubuhan Juruukur Malaysia (ISM) yang mempunyai pengalaman melebihi
enam tahun.
f. Seorang calon dari Lembaga Arkitek.
g. Seorang calon dari Lembaga Jurutera.
h. Seorang calon dari Lembaga Penilaian dan Hartanah.
Tempoh
keahlian mereka ini adalah tidak melebihi tiga tahun dan mereka ini
boleh dicalonkan untuk dilantik semula bagi tempoh berikutnya.
1.6 Pendaftaran Firma-firma dan Pertubuhan Perbadanan
Firma-firma
atau pertubuhan-pertubuhan yang ingin berdaftar dengan Lembaga Juruukur
Bahan Malaysia perlu mematuhi prosedur-prosedur yang berikut:
Permohonan pendaftaran
Firma-firma
atau pertubuhan-pertubuhan yang berhasrat untuk menjalankan amalan
sebagai juruukur bahan perunding mestilah membuat permohonan kepada
Pendaftar dengan menggunakan Borang 1 dalam Jadual Pertama.
Firma
atau pertubuhan perbadanan yang telah menjalankan amalan sebagai
juruukur bahan perunding boleh meneruskan perkhidmatannya dengan syarat :
i. Telah mendapat kelulusan bertulis dan permit yang sah daripada Lembaga.
ii. Memenuhi syarat-syarat atau sekatan yang dikenakan oleh Lembaga yang difikirkan sesuai atau patut.
Pemilik
tunggal atau rakan kongsi yang ingin membuka firma dan menjalankan
praktik sebagai juruukur bahan, mestilah merupakan juruukur bahan
berdaftar dan mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya lima tahun yang
memuaskan hati Lembaga. Prosedur yang sama juga bagi pertubuhan
perbadanan di mana Pengarah atau pemegang-pemegang saham mestilah
juruukur bahan berdaftar dan mempunyai kelayakan minimum lima tahun.
a. Pemunyaan
Setelah permohonan diterima. Pendaftar mestilah memastikan bahawa :
i.
Juruukur bahan berdaftar mempunyai kepentingan mengawal dalam
pertubuhan perbadanan tidak kurang daripada 55% daripada pemunyaan firma
atau pertubuhan.
ii. Segala maklumat dan dokumen-dokumen yang
dikemukakan oleh firma atau pertubuhan memenuhi kehendak-kehendak
Lembaga dari masa ke semasa.
Sekiranya pendaftar tidak berpuashati
dengan segala maklumat atau dokumen-dokumen yang diserahkan oleh
pemohon, maka permohonan akan dikembalikan semula kepada pemohon dengan
menyatakan kecacatan yang terdapat dalam permohonan tersebut. Ianya
perlu dibaiki oleh pemohon dengan mengemukakan maklumat-maklumat atau
dokumen yang sesuai. Apabila Pendaftar telah berpuas hati, dalam tempoh
45 hari dari tarikh penerimaan permohonan, dia mestilah :
a. Mengemukakan kepada Lembaga.
b. Menghantar salinan permohonan kepada setiap anggota.
c.
Lembaga akan memebuat keputusan mengenai permohonan tersebut dalam masa
90 hari dari tarikh permohonan itu diterima daripada Pendaftar.
Penyerahan salinan kepada setiap anggota sama seperti pendaftaran
individu.
b. Pemberitahuan keputusan oleh pendaftar
Pendaftar akan
memaklumkan kepada pemohon yang mana permohonan mereka berjaya
diluluskan oleh Lembaga dalam tempoh 45 hari dari tarikh keputusan
dibuat. Segala sekatan atau syarat disertakan bersama. Tarikh keputusan
oleh Lembaga juga turut dinyatakan.
c. Memorandum dan perkara persatuan dan perjanjian perkongsian
Firma
atau pertubuhan perbadanan mestilah menyerahkan memorandum dan perkara
persatuan syarikat yang telah diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965
serta Perjanjian Perkongsian setelah permohonan diluluskan.
d. Yuran
Yuran pendaftaran bagi firma atau pertubuhan perbadanan sebanyak RM300.
e. Permit untuk menjalankan amalan sebagai juruukur bahan perunding
Lembaga
akan mengeluarkan permit kepada firma atau pertubuhan yang telah
diluluskan pendaftarannya dalam borang 1 (Jadual Pertama). Permit akan
ditandatangani oleh Pendaftar dan mendapat pengesahan daripada Lembaga.
f. Permohonan bagi pembaharuan
Permohonan
pembaharuan kelulusan bagi menjalankan amalan sebagai juruukur bahan
perunding boleh dibuat dalam bentuk surat biasa. Yuran untuk
pembaharuan sebayak RM300. Setelah permohonan untuk pembaharuan
diluluskan, Pendaftar akan mengeluarkan suatu perakuan pembaharuan dalam
borang K (Jadual Pertama).
g. Pertukaran nama
Sekiranya firma
atau pertubuhan perbadanan yang telah diluluskan oleh Lembaga berhasrat
untuk menukar nama syarikat, mestilah membuat permohonan secara bertulis
kepada Pendaftar bagi mendapat kelulusan Lembaga. Nama yang
dicadangkan mestilah mendapat persetujuan dari pendaftar syarikat.
Setelah Lembaga meluluskannya, yuran sebanyak RM150 hendaklah dibayar
dalam tempoh sebulan dari tarikh pemberitahuan oleh pendaftar mengenai
kelulusan tersebut.

No comments:
Post a Comment