Definisi
Binaan/Pembinaan (Construction) : Proses membina untuk menghasilkan suatu struktur tetap diatas lokasi tertentu (biasanya di atas tanah).
Industri : Sektor kegiatan ekonomi tenaga kerja sesuatu negara.
Industri binaan : Merupakan salah satu bidang kegiatan ekonomi tenaga kerja penduduk sesuatu negara.
Sektor ekonomi industri binaan melibatkan
· Perancangan
· Rekabentuk
· Pembinaan
· Pembaikan
· Penyenggaraan
· Pengubahsuaian
· Perobohan
berbagai bangunan dan kerja untuk manfaat kegiatan manusia.
Klasifikasi Industri Binaan
Berdasarkan jenis kerja yang dilaksanakan, industri binaan dapat diklasifikasikan kepada DUA jenis iaitu:-
1.
Bangunan : binaan yang mencakup ruang untuk mewujudkan suasana kondusif
bagi pelaksanaan kegiatan hidup insan. Contohnya rumah kediaman,
klinik/hospital, rumah ibadat, tadika/sekolah, IPT, pejabat, kilang,
kedai, penjara, restoran dan muzium.
2. Kerrja Kejuruteraan Awam : binaan yang membantu pelaksanaan kegiatan (ekonomi, sosial, budaya) kehidupan (infrastruktur).
Contohnya
jalan, lebuhraya, jambatan, terowong, lapangan terbang, pelabuhan, loji
janakuasa, empangan, taliair, terusan dan pemecah ombak.
Kegiatan Ekonomi Negara
Laporan Ekonomi Tahunan, Kementerian Kewangan Malaysia membahagikan kegiatan ekonomi negara kepada jenis berikut:
· Pertanian, perhutanan & perikanan (termasuk ternakan & hortikultur)
· Perlombongan dan kuari
· Perkilangan
· Pembinaan
· Elektik, gas & air
· Pengangkutan, penyimpanan & perhubungan
· Perdagangan borong & runcit, hotel & restoran
· Kewangan, insuran, hartanah & perkhidmatan perniagaan
· Perkhidmatan kerajaan
· Perkhidmatan2 lain (kemasyarakatan, sosial & persendirian, perkhidmatan swasta tanpa keuntungan)
Kedudukan industri binaan dalam pembangunan negara
· Industri binaan sangat penting untuk penyediaan kemudahan fizikal keperluan sesebuah negara.I
· Membolehkankan impian (didalam minda dan diatas kertas/lukisan) terbina di alam realiti.
· Bandingkan kemudahan yang ada semasa negara mula merdeka dan kini dari sudut bilangan, saiz dan kompleksiti
Jangan sekadar negara yang merdeka, kita mesti lah sebagai warga merdeka.
· Penekanan sewaktu baru merdeka dengan sekarang mungkin berbeza.
· Keperluan vs kemewahan
· Kemudahan fizikal sebagai tanda kemajuan? Kemajuan adalah fizikal atau attitude?
Sumbangan industri binaan dalam ekonomi negara
Bilangan terlibat?
Berapa nilai keluaran?
Kedudukan?

No comments:
Post a Comment