Profesion ukur bahan telah wujud di Malaysia pada awal tahun 1930. Firma
ukur bahan pertama ditubuhkan di kawasan ini ialah firma perunding ukur
bahan Waters and Watsons iaitu pada tahun 1934.
Setelah perang
dunia ke-2, barulah profesion ukur bahan berkembang di Malaysia.
Kerajaan yang ada waktu itu menubuhkan Bahagian Ukur Bahan dalam
Jabatan Kerja Raya tetapi tugas-tugas Juruukur Bahan adalah terhad.
Juruukur Bahan pada masa itu adalah di bawah Jabatan Arkitek dan
bertugas sebagai Pegawai Kontrak. Juruukur Bahan pada masa itu
bertindak sebagai Pegawai Kontrak untuk memanggil tender dalam bentuk
harga pukal (lump sum), menguruskan kontrak dan menyediakan akaun
muktamad sesuatu projek
Pada tahun 1952, barulah ukur bahan
mempunyai cawangannya sendiri di Jabatan Kerja Raya. Tidak ada sistem
pembelajaran yang spesifik sehinggalah pada tahun 1953. Pada masa itu,
pelatih jurutenik ukur bahan terpaksa belajar dari Juruukur Bahan
asing, kebanyakan warganegara British, yang ada di Jabatan Kerja Raya
dan melalui pengalaman mereka bekerja.
Pada tahun 1953, Maktab
Teknik (di tukarkan menjadi Institut Teknologi Kebangsaan
(ITK) pada 1972) telah ditubuhkan dan kursus Diploma Ukur Bahan adalah
merupakan salah satu kursus yang diadakan khas untuk menyediakan
Pembantu Teknik Ukur Bahan untuk berkhidmat dengan Jabatan Kerja Raya.
Pensyarah yang mengajar adalah pensyarah sambilan. Skop kursusnya
adalah hampir sama dengan kursus Senibina dan kursus Kejuruteraan Awam
iaitu dari segi matapelajaran Pembinaan Bangunan.
Penuntut–penuntut
yang mendapat Diploma Ukur Bahan akan dihantar melanjutkan pelajaran di
luar negara. Sebahagiannya pula dihantar bekerja di Jabatan Kerja Raya.
Selepas
perang dunia ke-2, firma-firma ukur bahan yang awal yang wujud di
Malaysia ialah pada tahun 1958 iaitu firma ukur bahan Frank and Vargeson
dan diikuti oleh Chris and Cavanaugh dan seterusnya ialah Bridge Water
and Coulton. Pada tahun 1963, firma ukur bahan Suckling and Mcdonald
telah ditubuhkan dan terdiri daripada Juruukur Bahan K.A Suckling dan
J.H Mc Donald.
Pada tahun 1965, seorang Juruukur Bahan
Bumiputera, Haji Md Isahak Md Yusuf (sekarang Datuk) merupakan seorang
Juruukur Bahan Melayu yang pertama memasuki sektor swasta. Haji Mohd
Isahak menubuhkan firma Ukur Bahan bumiputera yang pertama di Malaysia.
Seterusnya,
aktiviti pembinaan berkembang dengan pesatnya di Malaysia, firma ukur
bahan juga berkembang dengan pesatnya. Sehingga kini perkembangan firma
perunding ukur bahan adalah di tahap yang baik. Kalau dulu hanya di
bandar besar sahaja yang terdapat pejabat perunding ukur bahan tetapi
kini berkembang ke mana-mana.
Institusi–institusi pengajian
tinggi awam dan swasta yang menawarkan kursus ukur bahan pada peringkat
Sarjana Muda, Diploma dan Sijil juga meningkat.
Universiti
Teknologi Malaysia (dulu Institut Teknologi Kebangsaan) merupakan
pelopor kursus bidang ukur bahan di Malaysia dan di ikuti oleh
Universiti Teknologi MARA (dulu Institut Teknologi MARA). Di kedua-dua
universiti kursus di tawarkan meliputi peringkat Diploma dan Sarjana
Muda. Sementara itu Universiti Malaya dan Universiti Islam Antarabangsa
juga kini menawarkan kursus ukur bahan pada peringkat Sarjana Muda
sahaja. Politeknik awam setakat ini hanya menawarkan kursus ukur bahan
pada peringkat Diploma dan Sijil.
Pada hari ini, profesion
Juruukur Bahan semakin di kenali di kalangan masyarakat dan
perkhidmatannya adalah mendapat sambutan yang menggalakkan. Dulu
beberapa orang pelajar Indonesia telah mengikuti kursus ukur bahan di
ITM dan UTM. Akhirnya Universiti Teknologi Malaysia (melalui Jabatan
Ukur Bahan, Fakulti Alam Bina)
telah berjaya memperkenalkan kursus
ukur bahan (di kenali sebagai Teknik Ekonomi Konstruksi) di negara
jiran Indonesia melalui kerjasama Universitas Bung Hatta, Padang melalui
Fakultas Teknik Sipil dan Perencanaan) pada peringkat Diploma mulai
2002.

No comments:
Post a Comment