1.0 Pengenalan
2.0 Kepentingan Susutnilai
3.0 Faktor Berlakunya Susutnilai
4.0 Kaedah Pengiraan Susutnilai
1.0 PENGENALAN
Susut
nilai (depreciation) adalah merupakan kejatuhan nilai aset tetap
sesuatu perniagaan. Susut nilai dianggap sebagai “kehabisan” sebahagian
hayat sesuatu aset tetap disebabkan oleh penggunaannya untuk
mendapatkan hasil.
Aset tetap adalah merupakan item-item yang
dipunyai oleh syarikat dengan jangka hayat yang panjang iaitu melebihi
12 bulan. Secara asasnya, aset-aset tetap ini tidak dimiliki oleh
syarikat untuk dijual semula atau ditukarkan kepada wang tunai. Aset
tetap digunakan untuk membantu pihak perniagaan mendapat hasil untuk
lebih daripada satu tempoh perakaunan, asalkan hayat aset itu belum
tamat. Maka, kos aset itu hendaklah diagihkan sebagai susut nilai
sepanjang hayat aset digunakan.
Hal ini, adalah selaras dengan
konsep pemadanan dalam perakaunan di mana susut nilai tahunan ialah
belanja yang mesti dipadankan dengan hasil yang diperoleh dalam tahun
berkenaan. Oleh itu, belanja susut nilai di debitkan ke dalam Akaun
Untung Rugi.
Akaun Peruntukan Susut Nilai atau Akaun Susut Nilai
Terkumpul dibuka untuk merekod susut nilai sesuatu aset tetap supaya
baki akaun aset tersebut sentiasa ditunjuk pada harga kos. Akaun
Peruntukan Susut Nilai merupakan akaun liabiliti dan jumlahnya ditolak
daripada kos aset tetap dalam Kunci Kira-kira untuk mendapatkan nilai
buku bersih aset tersebut. Semakin lama tempoh penggunaan aset tetap,
semakin banyak jumlah susut nilai terkumpul bagi astet berkenaan. Hal
ini menyebabkan nilai buku aset tetap dalam Kunci Kira-kira semakin
kurang.
2.0 KEPENTINGAN SUSUTNILAI
Kaedah yang digunakan
oleh akauntan untuk mengetahui keuntungan atau kerugian bagi sesuatu
jangkamasa perakaunan ialah melalui proses pemadanan. Hasil bagi
jangkamasa tersebut dihitung dan akan dipadankan dengan kos-kos yang
terlibat dalam mendapatkan hasil itu dan selisih ynag diperolehi
merupakan keuntungan atau kerugian. Salah satu daripada kos yang mesti
diambil kira ialah yang boleh digunakan dalam pemakaian (atau dalam
beberapa hal tak-pakai) yang telah dibuat terhadap harta-harta tetap
perusahaan tersebut bagi mendapat hasil selisih.
Contohnya,
andaikan satu perusahaan menggunakan suatu mesin tertentu bernilai
RM10,000.00. Jika mesin ini mempunyai hayat yang dianggarkan sepuluh
tahun, menunjukkan bahawa mesin tersebut merupakan satu kos bagi
perniagaan tersebut. Sekiranya diandaikan RM1,000.00 diperuntukkan
untuk kos pemakaian mesin tersebut selama satu tahun, setiap satu
penyata perakaunan Untung-Rugi hendaklah menggambarkan kos tersebut. Di
dalam contoh ini, kos menggunakan mesin tersebut adalah sebanyak mana
belanja menjalankan perniagaan tersebut seperti upah kepada
pekerja-pekerja.
Sebenarnya apabila sesuatu harta seperti mesin
dibeli (berkaitan dengan tatacara perakaunan) kos yang dikenakan kepada
akaun harta dan seterusnya, ianya digunakan di sepanjang tempoh
hayatnya. Jumlah berkadar kos tersebut dikenakan dalam tiap-tiap satu
jangkamasa perakaunan terhadap hasil-hasil kendalian sebagai gambaran
nisbah kos asal yang telah habis sekarang ini akan dipadankan terhadap
bagi hasil jangkamasa tersebut. Jumlah yang dikenakan kepada tiap-tiap
satu jangkamasa perakaunan disebut susutnilai. Kejatuhan nilai pasaran
tidak merupakan perkara yang penting kerana susutnilai adalah didasarkan
terhadap faktor-faktor dalaman.
Harta yang tertinggal di dalam
kos asal dan peruntukkan berikutnya adalah dibuat dalam tiap-tiap satu
jangkamasa perakaunan sehingga kos asal diperolehi sepenuhnya. Satu
jumlah besar potongan susutnilai akan sama dengan kos asal harta itu
pada ketika hayatnya yang berguna berakhir. Jumlah besar peruntukkan
bagi susutnilai mungkin lebih besar atau lebih kecil daripada kos asal
tetapi sekiranya dihitung dengan teliti, jumlah besarnya hampir sama
dengan kos asal tersebut.
Berdasarkan keterangan di atas dapatlah disimpulkan bahawa kepentingan susutnilai ialah :
1.
Ianya merupakan kos habis yang mesti dipadankan terhadap hasil seperti
lain-lain kos yang terlibat dalam mendapatkan hasil itu.
2.
Peruntukkan yang dibuat bagi bayaran tersebut membolehkan akauntan
menggunakan satu cara penulisan harta di luar dari buku-buku pada masa
hayat khidmatnya berguna telah habis.
3. Bayaran yang dibuat
terhadap untung bagi susutnilai tersebut membolehkan untung bersih yang
akhir bagi perniagaan tersebut dikurangkan seterusnya untung yang ada
untuk pengagihan kepada tuanpunya-tuanpunya dapat dikurangkan.
4.
Sumber-sumber wang adalah dikekalkan di dalam perniagaan iaitu
peruntukkan kos penggantian harta yang disusutkan nilainya itu. Ini
bermakna sejumlah wang dikekalkan di dalam perniagaan yang hampir sama
dengan kos asal harta tersebut. Di samping itu pengekalan wang tersebut
boleh juga digunakan untuk lain-lain kegunaan.
3.0 FAKTOR BERLAKUNYA SUSUTNILAI
Faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya susutnilai ialah :
1. Buruk dan haus
Merupakan
salah satu daripada faktor yang umum terhadap harta-harta separti loji
dan jentera, kereta, motor, perabot dan kelengkapan yang lain. Geseran
dan getaran merupakan sebahagian daripada aspek buruk dan haus.
Walaupun pembaikan dan penyelenggaraan boleh dilakukan bagi mengimbangi
proses buruk dan haus tersebut namun perkara ini tidak mungkin dapat
mengekalkan harta itu dalam kerja yang sempurna.
2. Aliran masa
Masa
merupakan factor yang sesuai bagi susutnilai. Selain itu, harta ynag
sama turut dipengaruhi oleh masa ialah Hak-hak Jaminhak dan Hakcipta.
3. Luarguna
Istilah luarguna digunakan bagi menunjukkan bahwa harta-harta menjadi luarguna disebabkan keupayaan khidmatnya telah merosot.
4. Kerosakan Nyata
Sesetengah
harta berkurangan dalam nilai faedahnya walaupun digunakan. Sebagai
contoh, jika ladang buah tidak dijaga maka harta modal iaitu pokok-pokok
menjadi rosak.
5. Susutan
Istilah ini digunakan terhadap
harta-harta seperti kuari, lombong, telaga minyak, hutan dan sebagainya
di mana pengambilan terhadap punca-punca pebgeluaran ynag merupakan
harta dan kuantiti punca-punca pengeluaran itu adalah berkurangan.
4.0 KAEDAH PENGIRAAN SUSUT NILAI
Terdapat beberapa kaedah utama untuk mengira susut nilai iaitu;
a) Kaedah garis lurus
b) Kaedah baki berkurangan
c) Kaedah penilaian semula
Kaedah Garis Lurus / Ansuran Tetap / Kadar Rata / Peratus atas Kos
Mengikut
kaedah ini, jumlah susut nilai bagi setiap tahun adalah sama sepanjang
tempoh hayat aset tetap itu. Jika tempoh hayat aste tetap dapat
ditentukan, kos aset itu dibahagikan sama rata sepanjang tempoh hayatnya
iaitu,
Kos asal – Nilai skrap
Susut nilai tahunan = ---------------------------------
Bilangan tahun penggunaan aset
Nilai
skrap ialah nilai bakian iaitu nilai aset yang dijual setelah tamat
tempoh usia penggunaannya. Pengiraan susut nilai melalui kaedah ini
adalah dapat dilihat dengan jelas seperti contoh berikut:
Contoh 1
Syarikat
Awang membeli sebuah mesin dengan harga RM 38,600 dan mesin itu
dianggarkan dapat digunakan selama 8 tahun. Pada akhir tahun yang
kelapan, mesi itu dijangka dapat dijual sebagai besi buruk dengan harga
RM 600. (Nilai skrapnya ialah RM 600.)
Pengiraan
RM 38,600 – RM 600
Susut nilai tahunan = -------------------------
8
= RM 4,750
Maka jelas bahawa susut nilai tahunannya adalah sejumlah RM 4,750.
Seandainya tempoh hayat aset tidak dapat ditentukan, susut nilai tahunan dapat dihitung dengan formula yang berikut:
Susut nilai tahunan = % susut nilia aset tetap x kos asal aset
Contoh pengiraannya adalah seperti di bawah,
Contoh 2
Kos
belian perabot oleh syarikat Stephen ialah RM 6,600. Perabot itu
disusutnilaikan dengan kadar 10% setahun daripada kos asalnya.
Pengiraan
Susut nilai tahunan = 10 % x RM 6,600
= RM 600
Keburukan
kaedah garis lurus ialah tidak realistik atau pun tidak begitu tepat.
Hal ini adalah kerana nilai sesuatu aset tidak disusutkan pada kadar
yang sama setiap tahun. Susut nilai sesuatu aset juga bergantung kepada
kekerapan penggunaan aset itu. Semakin kerap sesuatu aset digunakan,
semakin tinggi susut nilainya.
Kaedah Baki Berkurangan
Peratus
susut nilai dikenakan ke atas nilai buku aset atau nilai baki pada awal
setiap tempoh perakaunan. Jumlah peruntukan untuk susut nilai akan
semakin berkurangan kerana nilai buku aset pada awal setiap tempoh
perakaunan semakin berkurang.
Contoh 3
Sebuah kenderaan
dibeli dengan harga RM 50,000. Kenderaan itu susut nilai dengan kadar
10% setahun mengikut kaedah baki berkurangan.
Pengiraan
Tahun 1 Kos kenderaan RM 50,000
Tolak 10% susut nilai 5,000
------------
Tahun 2 Nilai baki awal tahun 45,000
Tolak 10% susut nilai 4,500
------------
Tahun 3 Nilai baki awal tahun 40,500
Tolak 10% susut nilai 4,050
------------
Tahun 4 Nilai baki awal tahun 36,450
========
Kaedah Penilaian Semula
Aset
tetap dinilaikan pada awal tahun perakaunan dan juga pada akhir tempoh
perakaunan. Pengurangan nilai aset berkenaan merupakan susut nilai.
Kaedah ini sesuai untuk susut nilai alat-alat kecil seperti pmutar skru,
spana, tukul dan lain-lain alat lagi untuk kegunaan bengkel.
Contoh 4
Mohandas
memulakan bengkel membaiki kenderaan pada 1 Januari 1998 dengan
alat-alat kecil yang bernilai RM 1,500. Sepanjang tahun 1998, alat-alat
kecil tambahan sebanyak RM 500 telah dibeli. Pada 31 Disember 1998,
alat-alat kecil dinilaikan sebanyak RM 1,800.
Pengiraan
Nilai buku alat-alat kecil pada 1 Jan 1998 RM 1,500
Tambah Belian alat-alat kecil 500
-----------
2,000
Tolak Nilai buku alat-alat kecil pada 31 Dis 1998 1,800
------------
Susut nilai alat-alat kecil 200
Selain
daripada teknik-teknik pengiraan susut nilai yang dinyatakan di atas,
terdapat juga beberapa kaedah lain yang digunakan bagi tujuan yang sama.
Walau bagaimanapun kaedah-kaedah ini hanya akan diterangkan secara
kasar kerana ia jarang sekali diamalkan berbanding teknik-teknik yang
diterangkan sebelum ini. Teknik-teknik ini adalah :
a) Kaedah persamaan kos dan pembaikan
b) Kaedah kira unit
c) Kaedah pengurangan nilai unit
d) Kaedah susut nilai jumlah angka tahun
Kaedah persamaan kos dan pembaikan
Dalam
kaedah ini jumlah kos pembaikan yang dianggarkan akan ditambah kepada
nilai harta itu dan satu jumlah tetap didebitkan kepada akaun untung
rugi di sepanjang hayat harta itu yang merangkumi kedua-duanya susut
nilai dan pembaikan harta tersebut. Sebenarnya adalah sangat rumit
untuk menganggarkan pembaikan di masa hadapan. Oleh itu, kaedah ini
tidak begitu banyak diamalkan.
Kaedah kira unit
Kaedah ini
memperuntukkan kos bagi aset tetap berdasarkan penggunaannya. Sebagai
contoh, sebuah mesin boleh diukur mengikut jumlah jam kerja mesin
tersebut. Bagi sesebuah mesin, peruntukan susut nilai adalah
berdasarkan kepada nisbah jumlah jam sesebuah mesin beroperasi dalam
suatu tempoh tertentu berbanding jumlah jam mesin tersebut dianggarkan
dapat beroperasi.
Contoh 5
Anggaran hayat mesin 100,000 jam
Kos mesin RM 5,000
Nilai skrap mesin RM 500
Jumlah jam digunakan dalam tahun semasa 25,000 jam
Berdasarkan maklumat di atas, susut nilai bagi mesin tersebut dalam tahun semasa adalah
25,000 jam x RM 4,500 = RM 1,125
-------------
100,000 jam
Jumlah
unit yang dapat dihasilkan oleh sesebuah unit mesin atau jumlah jarak
perjalanan sesebuah kenderaan seperti lori dapat digunakan bagi
menggantikan jumlah jam penggunaan sesuatu aset.
Kaedah pengurangan nilai unit
Bagi
aset-aset tetap tertantu seperti tanah lombong atau kuari, pada
kebiasaanya susut nilai bagi aset tersebut diukur melalui juamlah
kuantiti bahan mentah yang diperolehi berbanding anggaran jumlah
kuantiti sebenar. Contohnya, sebuah perniagaan telah membeli sebuah
kawasan lombong bernilai RM 30,000 yang dianggar dapat mengeluarkan
sejumlah 1,000 tan bijih timah. Oleh itu, bagi setiap tan yang
diperolehi, dalam tempoh masa perakaunan, perniagaan tersebut
menganggarkan susutan nilai sebanyak RM 30 bagi aset tersebut.
Kaedah susut nilai jumlah angka tahun
Kaedah
ini berlainan sedikit berbanding kaedah baki berkurangan yang mana
kaedah ini mengandaikan bahawa potongan susut nilai hendaklah merupakan
paling berat pada tahun-tahun permulaan hayat aset tersebut. Susut
nilai bagi tiap-tiap tempoh perakaunan dikira berdasarkan nisbah jumlah
tahun hayat yang masih ada dengan jumlah tahun hayat aset tersebut
kepada kos bagi aset tersebut.
Jumlah tahun hayat yang masih ada
Susut nilai = ------------------------------------ x Kos aset
Jumlah tahun hayat aset
Contohnya, bagi sebuah aset yang bernilai RM 3000 yang akan digunakan selama 5 tahun, pengiraannya adalah seperti berikut:
Pada tahun pertama loji itu mempunyai jangkaan hayat selama 5 tahun
Pada tahun kedua loji itu mempunyai jangkaan hayat selama 4 tahun
Pada tahun ketiga loji itu mempunyai jangkaan hayat selama 3 tahun
Pada tahun keempat loji itu mempunyai jangkaan hayat selama 2 tahun
Pada tahun kelima loji itu mempunyai jangkaan hayat selama 1 tahun
----------
15 tahun
=======
Oleh
itu, pada tahun pertama 5 / 15 daripada kos set (RM 3000) diperuntukkan
bagi susut nilai, tahun kedua 4 / 15, tahun ketiga 3 / 15 dan
seterusnya.
Tahun pertama = RM 1000
Tahun kedua = RM 800
Tahun ketiga = RM 600
Tahun keempat = RM 400
Tahun kelima = RM 200
----------
Jumlah RM 3000
=======

No comments:
Post a Comment